الأحد، ٢٠ مايو ٢٠١٢

Kenali Isim (إسم)

Adapun ciri-ciri khas isim adalah :

· Diawali dengan Al ( ال ). 

Contoh : َالْهدى، الكِتاب
 



· Diakhiri dengan tanwin. 

Contoh : كِتابٌ ، هدًى
 



· Diawali salah huruf jar.
 
Antara huruf jar tersebut adalah :  علَى، إِلَى، ك، لِ، بِ، فِى، ربّ ، عن، مِن 

 Contoh : بِ + اِسمِ = بِسمِ



· Diawali diawali oleh huruf nida. 

Contoh : يا + ادم = يا ادم
 



· Disandarkan (diidhofatkan) kepada isim lainnya, kebanyakan
untuk menunjukkan pemilikan.
 
Contoh : رسول + الله = رسول الله

Bab Kalimat - باب الكلمات

Kalimat dalam bahasa 'Arab secara umumnya terbahagi kepada 3 jenis iaitu :
 
1. ISIM ( اِسْم ) atau "kata nama". Contoh: مَسْجِد (= masjid)

2. FI'IL ( فِعْل ) atau "kata kerja". Contoh: أُصَلِّيْ (= saya solat)

3. HARF ( حَرْف ) atau "kata tugas". Contoh: فِيْ (= di, dalam)

المتابعات

من أنا

صورتي
Ana hanyalah Hamba Allah yang tidak terdaya,yang hanya mampu berusaha dengan kekuatan yang tidak seberapa dan berserah diri kepadaNya.
 
 
Copyright © قواعد اللغة العربية
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com