الثلاثاء، ٣١ يناير ٢٠١٢

Bahagian Dalam Tatabahasa Bahasa 'Arab...

Secara mudah, dalam tatabahasa bahasa 'Arab, terdapat 2 bahagian :

1) Nahu - Ilmu yang mempelajari mengenai kedudukan perkataan dalam kalimat dan baris pada huruf akhirnya, baik secara i'rab (berubah) atau bina' (tetap).

2) Sarf - Ilmu yang mempelajari mengenai pembentukan perkataan dan perubahannya baik secara penambahan mahupun dengan pengurangan.

Contohnya ayat:

جَلَسَ زَيدٌ


Zaid telah duduk...

جَلَسَ : Ia merupakan fi'il madhi (فعل الماضي), iaitu fi'il yang sudah lepas, telah berlaku, dan ianya bertindak sebagai fi'il (kata kerja) dalam ayat itu... Ianya juga mabni yakni baris pada huruf akhir tidak berubah (tetap)... baris akhirnya adalah fathah iaitu baris atas...

زَيدٌ : Ia merupakan isim 'alam (اسم علم) iaitu kata nama khas, ianya bertindak sebagai fa'il (فاعل) yakni pembuat, orang yang mengerjakan perbuatan dalam ayat di itu... Baris huruf akhir boleh berubah mengikut kedudukannya dalam ayat... dalam ayat itu baris akhirnya adalah dhommi iaitu baris depan kerana ianya adalah fa'il...

~Sekadar perkongsian yang ringkas..... :) Sebarang penambahan atau pembaikian dialu-alukan untuk perkongsian ilmu... :)

الاثنين، ٢ يناير ٢٠١٢

Apa itu ..... قواعد اللغة العربية ???

 

بسم الله الرحمن الرحيم

BismillahirRahmanirRahim...


قواعد اللغة العربية ...

 

- Apakah ia???

قواعد هو جمع من قاعدة - جمع التكسير

اللغة العربية tu takkan tak tau???

 

- Ouh... macam tu... maksudnya??? he3...

قواعد tu maksudnya kaedah-kaedah atau asas-asas... ianya جمع ... jama' maksudnya banyak... lebih dari 2... asalnya satu jer iaitu قاعدة yakni kaedah atau asas jer... bila jama' jadi banyak, kaedah-kaedah, asas-asas... faham???  اللغة العربية tu Bahasa 'Arab...

 

- جمع التكسير  tu apa pulak???

nanti kita akan masuk dalam perbincangan... sabar yer... satu per satu...

 

Jadi... 

Maksud قواعد اللغة العربية  ialah Kaedah-kaedah Bahasa 'Arab atau Asas-asas Bahasa 'Arab... Atau dikenali sebagai Tatabahasa Bahasa 'Arab...

 

- Sama macam Tatabahasa Bahasa Melayu atau Grammar in English ke???

Yup... benda yang sama jer... Cuma kaedah yang berbeza... faham???  

 

Alhamdulillah... :)

Setakat nie dulu yer... secara ringkas... sambil santai2... he3...

 

Wassalamu'alaikum...

المتابعات

من أنا

صورتي
Ana hanyalah Hamba Allah yang tidak terdaya,yang hanya mampu berusaha dengan kekuatan yang tidak seberapa dan berserah diri kepadaNya.
 
 
Copyright © قواعد اللغة العربية
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com