الثلاثاء، ٣١ يناير ٢٠١٢

Bahagian Dalam Tatabahasa Bahasa 'Arab...

Secara mudah, dalam tatabahasa bahasa 'Arab, terdapat 2 bahagian :

1) Nahu - Ilmu yang mempelajari mengenai kedudukan perkataan dalam kalimat dan baris pada huruf akhirnya, baik secara i'rab (berubah) atau bina' (tetap).

2) Sarf - Ilmu yang mempelajari mengenai pembentukan perkataan dan perubahannya baik secara penambahan mahupun dengan pengurangan.

Contohnya ayat:

جَلَسَ زَيدٌ


Zaid telah duduk...

جَلَسَ : Ia merupakan fi'il madhi (فعل الماضي), iaitu fi'il yang sudah lepas, telah berlaku, dan ianya bertindak sebagai fi'il (kata kerja) dalam ayat itu... Ianya juga mabni yakni baris pada huruf akhir tidak berubah (tetap)... baris akhirnya adalah fathah iaitu baris atas...

زَيدٌ : Ia merupakan isim 'alam (اسم علم) iaitu kata nama khas, ianya bertindak sebagai fa'il (فاعل) yakni pembuat, orang yang mengerjakan perbuatan dalam ayat di itu... Baris huruf akhir boleh berubah mengikut kedudukannya dalam ayat... dalam ayat itu baris akhirnya adalah dhommi iaitu baris depan kerana ianya adalah fa'il...

~Sekadar perkongsian yang ringkas..... :) Sebarang penambahan atau pembaikian dialu-alukan untuk perkongsian ilmu... :)

0 comments:

إرسال تعليق

المتابعات

من أنا

صورتي
Ana hanyalah Hamba Allah yang tidak terdaya,yang hanya mampu berusaha dengan kekuatan yang tidak seberapa dan berserah diri kepadaNya.
 
 
Copyright © قواعد اللغة العربية
Blogger Theme by BloggerThemes Design by Diovo.com